, 'opacity': false, 'speedIn': , 'speedOut': , 'changeSpeed': , 'overlayShow': false, 'overlayOpacity': "", 'overlayColor': "", 'titleShow': false, 'titlePosition': '', 'enableEscapeButton': false, 'showCloseButton': false, 'showNavArrows': false, 'hideOnOverlayClick': false, 'hideOnContentClick': false, 'width': , 'height': , 'transitionIn': "", 'transitionOut': "", 'centerOnScroll': false }); })

Pakej Hosting Permulaan

Tempoh Tawaran

Tawaran harga adalah di dalam tempoh 20 Januari 2013 – 20 Februari 2013. Pelanggan yang mengesahkan bayaran dan pakej ini di dalam tempoh tawaran akan kekal dengan harga tawaran (price freeze) meskipun selepas tempoh tawaran ataupun pada masa hadapan (selama-lamanya). Tawaran juga terhad kepada 10 (sepuluh) pelanggan pertama sahaja.

Tujuan

Membantu pengguna yang tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk bermula dengan blog ataupun kedai online mereka sendiri.

Hampir kesemua pakej hosting yang ditawarkan oleh syarikat di dalam dan luar negara memerlukan serba sedikit pengetahuan mengenai domain, pengkalan data (database), penggunaan data (bandwidth), dan sebagainya. Daripada pengamatan kami, kepelbagaian teknikal ini membantutkan keinginan membuat laman blog atau kedai online terutamanya bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti di dalam Internet.

Oleh sebab itu hanya keperluan teknikal yang paling penting dan terhad (seperti ruangan simpanan) yang akan kami senaraikan di sini.

Bukan Untuk

Pengguna mahir yang hendak menguruskan sendiri konfigurasi teknikal melalui panel kawalan seperti cPanel dan untuk membina pelbagai laman web tambahan.

Contoh WordPress

Sila klik untuk imej yang lebih besar.

contoh-wordpress-pinboard contoh-wordpress-celestial contoh-wordpress-portfolio

Kandungan Pakej & Harga

  • Blog WordPress ATAU/DAN kedai PrestaShop
  • Ruangan simpanan (disk space) sebanyak 5GB
  • Pengunaan data (bandwidth/monthly data transfer) diuruskan oleh kami sepenuhnya dan anda tidak perlu risau mengenainya
  • Domain percuma: .com .net .org .info .biz .us .me .name.my
  • Harga: RM80 SAHAJA setahun (termasuk domain percuma di atas)
  • Domain yang tidak termasuk sebagai domain percuma boleh dibeli secara berasingan. Harga tahunan adalah seperti berikut:
    • .my RM120
    • .com.my RM80
    • .org.my RM80
    • .net.my RM80
  • Setup percuma untuk Google Analytics bagi anda memantau trafik dan maklumat pelawat anda

Contoh PrestaShop

Sila klik untuk imej yang lebih besar.

contoh-prestashop-batik contoh-prestashop-liteblue contoh-prestashop-moon

Yang Tidak Termasuk

  • Tiada akses kepada panel kawalan (control panel) seperti cPanel.
  • Tiada akses kepada fail melalui FTP
  • Khidmat rekaan grafik atau tema blog/kedai

Syarat-Syarat

  • Laman blog ataupun kedai yang hendak dibuka mestilah BAHARU
  • Semua aspek teknikal diuruskan oleh kami termasuk domain dan penggunaan data
  • Tawaran hanya dibuka kepada individu atau peniaga daripada Malaysia
  • Pengekalan harga hanya untuk pakej yang diambil di dalam tempoh tawaran. Sekiranya pelanggan yang sama ingin menempah pakej baharu, harga adalah tertakluk kepada waktu pakej diambil.

Apa Bezanya Dengan Pakej Hosting Lain?

  • Hanya maksimum 10 akaun pelanggan di dalam satu pelayan (server). Dengan harga pakej yang lebih kurang sama, kebanyakan pakej hosting lain meletakkan sebanyak 600 akaun pelanggan di dalam satu pelayan. Daripada pengalaman kami, meletakkan 600 akaun pelanggan kebiasaannya akan menyebabkan pelayan menjadi terlampau berat dan selalu tidak dapat diakses (down). Tanpa had (unlimited) bukanlah selalunya perkara yang baik.
  • Kami uruskan pelayan kami sepenuhnya. Blog anda mungkin di pelayan lain, kedai anda mungkin di pelayan lain, gambar anda mungkin di pelayan lain. Yang penting, pelanggan atau pelawat laman anda (malah anda sendiri) tidak akan dapat merasai perbezaannya dan semua laman sentiasa boleh diakses.
  • Tiada caj tambahan untuk penggunaan data yang lebih. Kami uruskan untuk anda.
  • Salinan pendua (backup) kami lakukan secara automatik, setiap hari
  • Setiap satu domain dikira sebagai satu akaun, bukan tanpa had seperti pakej hosting lain. Contoh-contoh:
    • Domain: domainsaya.com
      • Blog: www.domainsaya.com/blog
      • Kedai: www.domainsaya.com/shop
      • Dikira sebagai satu akaun
    • Domain: domaindia.com
      • Blog: blog.domaindia.com
      • Kedai: tiada
      • Dikira sebagai satu akaun
    • Domain: domainawak.com
      • Blog: tiada
      • Kedai: www.domainawak.com
      • Dikira sebagai satu akaun
    • Domain: domainmereka.com, domainanda.com
      • Blog: www.domainmereka.com
      • Kedai: www.domainanda.com
      • Dikira sebagai dua akaun
    • Domain: mykedai.com.my
      • Blog: blog.mykedai.com.my
      • Kedai: www.mykedai.com.my
      • Dikira sebagai satu akaun
      • Caj tambahan domain .com.my sebanyak RM80 setahun

Fikir Dahulu

  • Sebaik-baiknya anda bandingkan kandungan pakej ini dengan tawaran daripada pihak hosting lain. Pakej ini adalah pakej tawaran terhad untuk mereka yang baru hendak bermula dan bukan untuk semua orang.
  • Kebanyakan pakej daripada pihak lain (dengan harga tambahan), memberikan anda tambahan tanpa had kepada jumlah laman web yang anda boleh masukkan di dalam satu akaun. Mereka juga biasanya memberikan pengkalan data tambahan untuk anda menambah laman web lain yang anda inginkan ke akaun yang sama. Baik atau tidak, kami rasakan lebih sesuai jika anda yang membuat keputusan sendiri.

Cara Menempah Pakej

  1. Buat sedikit penyelidikan tentang tema (rupa dan rekaan) yang anda inginkan, ataupun tanya kami melalui email dan kami boleh cadangkan kepada anda.
    • Untuk WordPress, tema yang sesuai boleh dicari di sini: http://wordpress.org/extend/themes/ ataupun sekiranya anda tahu mana-mana laman yang menggunakan WordPress dan anda sukakan temanya sila beritahu kami alamat web laman tersebut dan kami boleh memberikan maklumat lanjut. Bukan semua laman menggunakan tema percuma.
    • Untuk PrestaShop, banyak tema yang berada di Internet. Anda boleh mencari sendiri tema percuma menggunakan enjin carian, hubungi pereka grafik kegemaran anda, atau anda boleh memberitahu kami tentang jenis perniagaan yang anda jalankan supaya kami boleh memberikan cadangan tema.
  2. Isikan borang pesanan untuk menempah pakej. Anda akan menerima balasan automatik daripada sistem kami.
  3. Itu sahaja dan kami akan menghubungi anda melalui email selewat-lewatnya di dalam tempoh 24 jam. Selalunya lebih cepat dari itu.

Pautan

Terima kasih.